S.A.H.A.B.A.T
Assalamualaikum...
Sahabat...apa yang dimaksudkan dengan sahabat ? ermm...bagi aku sahabat ialah seseorang yang boleh dipercayai dan sentiasa berada di samping kita tak kira sama ada kita bangun atau kita jatuh. Mereka sentiasa menyambut kita tatkala kita jatuh. Sentiasa memberi nasihat tatkala kita sedih dan sentiasa melindungi kita tatkala kita lemah. Semua orang tak kira lah muda,tua,cantik,hodoh ke, mesti ada sahabat. Aku pula ada beribu kawan. Tetapi tak semua daripada mereka adalah sahabat aku. Dulu aku tidak pernah kisah tentang semua ni. Asal ada kawan , sudah cukup memadai. Sukar untuk kita lihat siapa sahabat kita yang sebenar.
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur sebab sekarang ni aku dah jumpa sahabat aku. Aku mungkin takkan tahu sampai bila persahabatan aku dengan mereka.Tapi apa yang aku boleh janjikan ialah mereka ada ciri-ciri sahabat yang aku cakap sebelum ni. Diorang memang satu kepala dengan aku. Sentiasa ada waktu aku susah. Dulu pernah terucap pada lidahku yang aku tidak suka mereka. Mungkin pada masa tu mereka ada ego masing-masing. Sekarang ni aku tak sangka diorang boleh jadi sahabat aku sampai sekarang. Pada asalnya, diorang memang budak sekolah aku.Tapi kami bukan sekelas. Kitaorang jadi kawan baik since bermulanya SPM. Ya, aku akui aku tak ramai kawan dalam kelas. Hanya ada seorang je kawan lelaki yang sangat baik dengan aku. Dia pun aku boleh kategorikan sebagai sahabat aku sebab kitorang satu kepala. Ada masa kami bergurau,ada masa kami belajar sama-sama, dan ada masa kami bergaduh juga.hehe..biasalah tu.
This is Ganesan. Inilah the only one sahabat aku dalam kelas yang selalu belajar sama-sama. Kalau waktu pj kitorang selalu ponteng sebab nak siapkan homework. hahaha...memang aku ingat kenangat ni sampai bila-bila. Thank you ganesan sebab jadi sahabat aku. Nandrii !
Well, inilah sahabat yang sentiasa bersama aku bila aku susah.They always make me laugh whenever i sad. Usually kitaorang gelarkan diri masing2 as the bijces. hahaha. sebab masing2 mulut cabul macam neraka mulut masing-masing. hahaha. Always kutuk sesama sendiri depan-depan sebab itulah cara kitorang lol. They are Iman, Hilmi, and Jamal.Even mulut masing-masing jahat, tapi kitorang tetap tolong kalau salah sorang dpd kitorang dalam susah. Diorang selalu bagi nasihat bila aku rasa down.
Nama dia Nur Iman Hafidz bin Nizam. dia ni dulu kelas perdagangan. Yeah, dia ni mmg jenis metrosexual punya budak. even nak pergi karaoke pun beriya siapkan rambut. hahaha...tengoklah mcm model dia pose. Anyway man, thanks sebab kau yang menceriakan persahabatan kita. kalau sehari tak dengar mulut puaka kau yang always membebel tu memang bosan haha.
Haa dia ni ibarat perencah dalam maggi. Takde dia tak sedap lah maggi. Macam tu jugak dengan persahabatan. Nama dia Muhd Hilmi bin Zakaria. Budak perakaunan. Sebab selera dia yang kuat makan tu buatkan kitoang ni selalu panggil dia gemuk kalau marah.hahaha. Cuma kitorang je yang boleh panggil dia gemuk. kalau orang lain berani panggil dia macam tu mmg kene pijak dgn kitorang.Anyway, thanks hilmi sebab kau selalu buat kitaorang gelak layan karenah kau tu. hahaha
Yang ni pulak nama dia Muhd Jamaluddin bin Alias. haa yang dia ni misteri sikit sebab perangai dia kadang-kadang berubah. Dia pun budak perakaunan. Satu kelas dengan hilmi. Jamal ni salah sorang kawan kitorang yang paling cool. Kalau nak ajak dia pergi memana, he will always be there. Dia yang paling sabar layan kitaorang. kalau karaoke ni suara dia paling meletop haha. Thank you Jamal sebab kau sentiasa ada dengan kitorang.
Secara kesimpulannya, aku sangat bersyukur dengan persahabatan yang aku ada sekarang. Thanks ya sebab korang sentiasa ada kat belakang aku tak kiralah kat mana aku berada. Even korang takde duit, tapi korang sanggup spend time dengan aku yang banyak karenah ni. Thank you so much. Aku harap persahabatan kita takkan putus sampai bila-bila. Aku doakan korang berjaya dalam hidup korang. Bila dah masuk ipta, aku harap korang takkan lupakan aku. Aku takut bila aku dah masuk ke alam universiti, susah untuk aku jumpa sahabat macam korang. Aku pun nak ucapkan goodluck untuk keputusan spm yang tinggal beberapa hari je lagi ni. Moga semuanya cemerlang. amin. Gambatte Kudasai !
Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat
SPM14 is over
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Perjuanganku menuntut ilmu di alam persekolahan telah pun selesai. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja untuk aku melanjutkan pelajaran ke universiti(Insyaallah kalau ada rezeki). dah lama rasanya aku tak mengupdate blog ni lol. Kenapa ? sibuk belajar (kononnya). Well , mungkin sebab benda ni dah tak trending lagi. Tapi aku still keep in touch dengan blog ni sebab kat sini sahaja tempat aku nak luahkan apa yang aku rasa. hehehe...Anyway, spm 2014 is over. Sekarang ni hanya perlu berdoa dan tawakkal jela. Starting from today, hanya tinggal lebih kurang 15 hari sebelum hari keputusan spm. Takut ? gila tak takut do. Lagipun aku ni bukannya bijak pandai macam adik-beradik aku yang lain. Aku cuma takut kalau aku menghampakan ibu bapa aku bila tiba harinya nanti. Maklumlah, sebelum ni kakak aku dah habis diploma dapat fourflat. Abang pula baru lepas konvokesyen institut bahasa dia. Adik pun dah dapat keputusan upsr yang membanggakan.Sekarang ni tinggal aku je yang sedang menunggu. Nanti sebab aku punya spm teruk, bikin spoil adik-beradik aku pulak.
Aku cuma berharap aku dapat banggakan keluarga jugak. Cukuplah pmr dulu aku dapat keputusan yang teruk tu. Aku tak nak lagi dapat keputusan macam tu. Lepas ni abang dah nak pergi ke jepun untuk sambung bachelor. Due to that, ayah pun menaruh harapan dekat aku supaya aku dapat sambung belajar kat oversea jugak. Hmm siapa yang tak nak kan ? tapi aku sendiri tak yakin sama ada aku boleh tunaikan harapan ayah ataupun tak. Aku tak mengharapkan straight A. Sebab aku tahu ada certain-certain subjek yang memang aku lemah dan tak boleh bawak. Cukup sekadar kelayakan ke ipta pun sudah memadai.
"Ayah, qayuk mintak maaf andainya qayuk tak dapat nak tunaikan hasrat ayah. Qayuk tahu qayuk bukan anak yang pandai. Tapi qayuk akan berusaha sedaya upaya agar dapat membanggakan ayah dan mak suatu hari ni."
ok kembali kepada cerita spm, Well, lepas spm comfirm budak-budak ni semua rajin cari kerja. For me, aku pun memang cari kerja jugak even malas sebenarnya. Syukurlah dapat jugak kerja. At least, dapat isi sikit duit poket. Alhamdulillah. Sekarang ni aku tengah kerja dekat company kontraktor. Jadi kerani je la. Jadi lah daripada duduk rumah goyang kaki doing nothing. Bila dah bekerja ni baru tahu la rasa susahnya mak ayah kita nak cari duit. Sekarang ni makan semua cari sendiri sbb dah ada gaji. Nak kemana semua pun kene sendiri parents dah tak hantar lagi. Nasib baik lah dah ada lesen. Sekarang ni hidup semua nak kene struggle. Kalau give up memang hanyut lah. Alhamdulillah, even aku sendiri pun rasa nak give up, tapi diam tak diam dah dekat 3 bulan aku kerja kat sini. Still steady lagi. hehehe. Maybe lepas dapat result aku nak berhenti. Nak rehat, while that aku nak uruskan permohonan ipta lagi.
Besides of work, banyak lagi benda aku buat lepas spm ni. Sebelum ni sepupu aku nikah. Then abang aku pun baru lepas konvo. Insyaallah next entry baru aku cerita. Assalamualaikum...
HAPPY
[Verse 1:]It might seem crazy what I'm about to say
Sunshine she's here, you can take a break
I'm a hot air balloon that could go to space
With the air, like I don't care baby by the way
{Uh}
[Chorus:]Because I'm happy
Clap along if you feel like a room without a roof
Because I'm happy
Clap along if you feel like happiness is the truth
Because I'm happy
Clap along if you know what happiness is to you
Because I'm happy
Clap along if you feel like that's what you wanna do
[Verse 2:]Here come bad news talking this and that, yeah,
Well, give me all you got, and don't hold it back, yeah,
Well, I should probably warn you I'll be just fine, yeah,
No offense to you, don't waste your time
Here's why
[Chorus]
{Hey
Go
Uh}
[Bridge:](Happy)
Bring me down
Can't nothing
Bring me down
My level's too high
Bring me down
Can't nothing
Bring me down
I said (let me tell you now)
Bring me down
Can't nothing
Bring me down
My level's too high
Bring me down
Can't nothing
Bring me down
I said
[Chorus x2]
{Hey
Go
Uh}
(Happy) [repeats]Bring me down... can't nothing...
Bring me down... my level's too high...
Bring me down... can't nothing...
Bring me down, I said (let me tell you now)
[Chorus x2]
Older Post